“Tidak Ada Sedekah Yang Lebih Utama Daripada Memberikan Air Minum”
– (HR Ahmad)
PENANTIAN SEPARUH ABAD MINUM AIR HUJAN, GALI TELAGA AIR MASIN
Macam tak logik, di kawasan pedalaman pulau di Sabah ini langsung tiada sumber air bersih. Dan realiti yang lebih menyakitkan, mereka hanya bergantung dengan air hujan dan perigi untuk minum, mandi, dan keperluan lain.
Masalah utama bagi penduduk di pedalaman ini adalah mereka terdedah kepada air yang tidak bersih dan kotor pada persekitaran mereka.
Kebanyakan mereka bergantung kepada perigi air dan air hujan serta tahap kebersihan tidak dirawat dan tidak selamat diminum.
Konsep bagi kempen air ini fokus kepada khas untuk minuman. Kebanyakan masyarakat pulau terpaksa hidup dengan sumber air yang kurang bersih untuk kegunaan harian seperti untuk minum, masak, basuh baju, dan juga kegunaan harian yang lain.
Setiap kali mesin air ini digunakan untuk memberi minum penduduk kampung, anak-anak, dan pelajar-pelajar di pedalaman pulau ini, bayangkan betapa besar pahala anda yang bantu berinfaq untuk mesin ini.
Anda bayangkan masih ramai menghadapi situasi begini pada saat ini anda membaca ini post…
Dah Tak Payah Korek Telaga!
Penduduk 49 buah kampung dah boleh TARIK NAFAS LEGA lepas ini selepas adanya Projek Mesin Air Bersih.
Jika sebelum ini mereka bergantung kepada air telaga yang masin, kini dengan adanya Mesin Air ini mereka tidak perlu lagi menggali telaga ditengah-tengah pulau dimana airnya tetap akan menjadi masin, payau dan kotor.
Infaq anda 100% akan mengubah hidup mereka kearah yang lebih baik tanpa risiko penyakit dan ketiadaan air.
Jadikan ini sedekah jariah terbaik anda dengan membekalkan mesin air bersih
Anda merupakan insan pilihan Allah untuk bersama-sama dalam membantu usaha membekalkan mesin ini kepada lebih 20 sekolah di pedalaman pulau di Semporna, Sabah.
Dana Sebanyak RM250,000 Diperlukan,
Bagi membekalkan 20 buah mesin termasuk kos mesin, penghantaran, pengangkutan bot ke pulau, dan kos penyelenggaraan serta pengurusan.
Sumbangan daripada anda ini dapat mengurangkan kos penduduk pulau untuk ke darat bagi membeli air bersih, yang boleh memakan sehingga RM1000 kos minyak dan sewa bot bagi pulau yang jauh.
Sumbangan mesin ini akan digunakan sebaiknya untuk:
1. Penduduk-penduduk di kawasan pedalaman yang tiada akses air bersih, terutama dari golongan asnaf dan fakir.
2. Pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah yang berada jauh di kawasan pedalaman yang terpaksa bertahan dengan air hujan atau perigi, atau membawa bekal air dari tanah besar.
Dimana Lokasi dan Kepada Siapa Mesin Air Ini Akan Dimanfaatkan?
Projek Mesin Air Bersih daripada Pertubuhan Ad Deen ini akan memfokuskan kepada penduduk di pedalaman pulau di Semporna, Sabah bagi fasa pertama. Ini adalah kerana terdapat lebih kurang 49 buah pulau di Semporna, dan lebih 20 pulau yang berpenghuni tidak ada akses air bersih.
Alhamdulillah, 2 buah mesin air telah pun disumbangkan kepada SK Pulau Mabul, Semporna yang mempunyai 205 orang murid dan 19 orang guru, dan juga kepada sebuah sekolah komuniti percuma di Kg. Labuan Haji, Pulau Bum-Bum, Semporna yang menempatkan 258 orang murid dan 9 orang guru.
Sekolah Komuniti Percuma, Kg. Labuan Haji, Pulau Bum-Bum, Semporna
SK Pulau Mabul, Semporna
TEKNOLOGI MESIN AIR BERSIH
1. Teknologi PERTAMA di Malaysia yang menggunakan teknologi udara yang disedut dan yang telah dikondensasikan dan air yang dihasilkan ini telah dirawat dan telah dihasilkan untuk terus minum.
2. Konsep yang digunakan mesin air ini menggunakan teknologi hijau melalui sistem teknologi tenaga solar yang menggantikan sistem tenaga elektrik.
Apa kebaikan bila anda berinfaq untuk mesin air ini?
Kami berharap lebih ramai yang menjadi penyumbang Projek Mesin Air Bersih ini, dan berharap orang ramai dapat menjadikan ia sebagai saluran infaq bulanan.
Kami juga berharap orang ramai dapat mewar-warkan kepada kempen kami ini di halaman media sosial masing-masing. Hidup ini adalah jambatan kepada akhirat. Semoga usaha ini menbawa kepada kehidupan akhirat yang baik untuk kita.
Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekahnya orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri”
-Hadis Riwayat al-Thabrani